BERITA DAERAH

TERMINAL BAS SEGAMAT TERBAKAR












TERMINAL BAS DAN TEKSI SEGAMAT TERBAKAR PADA 30/9/2011 JAM 10.45 PAGI

berita terkini, Terminal Bas & Teksi Segamat Terbakar , wah.. dalam masa beberapa hari ini sahaja, 3 tempat tumpuan dan popular di Malaysia terbakar, conspiracy kah??!! heh heh
1. Empire Shopping Complex yang meletop
2. Kolej Kedua UiTm

3. Terminal Bas & Teksi Daerah Segamat
Pelik juga kerana sekarang ni cuaca tidak la panas mana, hujan-hujan dan redup-redup yang kurang possibiity untuk terbakar. perhaps ini mungkin eletrical malfunction ni, macam Empire Shopping Complex Subang tu kerana pipe gas line bocor.
Harap bersabar la kepada peniaga-peniaga sekitar yang kerugian mungkin beribu ringgit. dugaan dari pada -Nya
Gambar-gambar Terminal Bas & Teksi Terbakar di SEGAMAT'




                     LEBUH RAYA SEGAMAT - TANGKAK -MUAR DIBINA





.
30hbsept11- SINAR HARIAN

SEGAMAT - Lebuh raya 4 lorong..Segamat - Tangkak - Muar sepanjang 63 km yang dianggarkan bernilai RM750juta dan RM770juta akan dibina November depan ,kata Menteri Kerja Raya,Datuk Shaziman Mansor dan perlaksanaan projek itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang lalu.
Dalam pilihan raya kecil DUN Tenang lalu,saya ada menyatakan kerajaan akan menyegerakan projek menaik taraf jalan Segamat - Tangkak - Muar kepada 4 lorong yang diimpikan penduduk sejak 20 tahun lalu.
Kita umumkan nya bukan untuk memancing undi atau sekadar janji kosong pilihanraya tetapi kerana sedar projek itu perlu diberi keutamaan kerana berlaku banyak kemalangan termasuk melibatkan nyawa pengguna jalanraya di sepanjang jalan tersebut..
Diharap penduduk segamat banyak-banyak bersyukur kerana akan terlaksananya lebuhraya daripada Segamat ka Tangkak -Muar dan akan memudahkan penduduk Segamat untuk menggunakan lebuhraya utara - selatan dan juga penduduk dilaluan tesebut ka Muar atau penduduk Muar ka Segamat.Kami berharap kerajaan jangan menangguh lagi perlaksanaannya lagi dan kami dah bosan mengguna laluan sediaada yang bengkang bengkok.Mudah2an Bandar Segamat menjadi distinasi pilihan apabila lebuhraya ini siap kelak.





NONENONE              




















AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI(ADUN JOHOL) MENINGGAL PADA 3HB 0KT 2011


Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.
Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.
Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

           


SHOPPING COMPLEX TERCANGGIH DI DAERAH SEGAMAT







Sebuah pasar raya yang terbesar di Daerah Segamat akan beroperasi pada penghujung 2011.Shopping complex yang dikenali sebagai ONE SEGAMAT adalah pusat jualan one stop centre dengan dilengkapi dengan panggung wayang yang canggih.One Segamat terletak berhampiran dengan station bas ,taxi serta station keretapi.