RESEPI BISKUT


Biskut Kacang Tanah

Biskut_kacang_001

Bahan-bahan ( lebih kurang 90 biji )

  • 250 gram tepung gandum
  • 120 gram margerin
  • 90 gram gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 4 sudu air sejuk
  • 1 sudu esen vanilla
  • 60 gram kacang goreng ( dibuang kulit n ditumbuk halus )
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  1. Gris dulang pembakar dan panaskan pada suhu 180c
  2. Gaul ramaskan margerin n tepung perlahan- lahan dalam mangkuk adunan
  3. Masukkan gula, kacang tanah dan gaul rata..
  4. Masukkan adunan kuning telur dalam adunan tepung
  5. Gaul cepat2 dan ulikan mnjd doh.. ( masukkan air n garam ikut keperluan )canai dan terap mngkut bntuk yg disukai..
  6. Sapukan permukaan biskut dgn putih telur..
  7. Bakar selama kira2 20 min..


Tart Nenas Gulung (Gebu)
Tart_gebu

Bahan-bahan ( 150 Biji )

  • 100 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung Kastard
  • 150 gm buttercup/planta
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla
  • Bahan untuk Intinya:
  • Sebiji nenas
  • gula secukupnya
  • Pewarna kuning
  • *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.
  2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut.
  3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.
  4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C.
  5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair