
TUMPUAN UTAMA Mohd. Farid Ravi Abdullah Saudara Baru Pertama Dilantik Hakim Tilawah Kebangsaan Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah adalah saudara baru pertama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia .
TUMPUAN UTAMA
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Saudara Baru Pertama
Dilantik Hakim Tilawah Kebangsaan
Farid mengakui, kawan-kawan juga mempunyai jasa yang besar mendorongnya tertarik kepada agama Islam, terutama sahabatnya Hisyam bin Basri yang banyak membimbing beliau ke arah Islam. Berkat bimbingan tersebut, ketika berusia 11 tahun beliau berjaya membaca surah Al-Fatihah clan menjawab Azan. Ketika beliau berusia 18 tahun, hatinya semakin memberontak dan akhirnya di hadapan Ustaz Kadir Chong beliau melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat PERKIM Kuala Lumpur .
Dalam usaha mencapai kejayaan seperti yang dinikmati hari ini, pastinya banyak rintangan yang terpaksa ditempuh.
Tentangan keluarga adalah halangan yang paling besar dalam hidupnya. Beliau telah kematian ayah semasa berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya. Kehidupan tidak berayah menjadikan beliau matang menghadapi kesusahan hidup.
Sebagai keluarga yang memeluk agama Kristian, mengunjungi gereja adalah satu kernestian. Masih bermain di ingatannya ketika kecil beliau telah dipaksa minum. air 'Holy Water' dan kemudian dipaksa menyebut satu perkataan. Tetapi beliau enggan dan membantah.
Beliau juga telah diancam oleh saudaranya untuk memutuskan hubungan kekeluargaan jika dia memeluk agama Islam. Dihalau dan diancam untuk dipukul adalah perkara. biasa. Keluarganya juga mengatakan tindakannya memeluk Islam akan mencemarkan nama baik keluarga.
Namun segala halangan ini tidak mematahkan semangat Farid. Perjuangan tetap diteruskan.
"Terlalu banyak sebenarnya halangan untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup. Namun Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang pada hambanya sekiranya bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang Allah SWT limpahkan.
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Saudara Baru Pertama
Dilantik Hakim Tilawah Kebangsaan
http://saeidahab.multiply.com/journal
® v ®
Beliau seorang berbangsa India,kulitnya hitam tapi wajahnya cukup 'bersih' dan tampan.Tutur katanya macam seorang berbangsa melayu cukup fasih.Ucapannya memang menusuk bagi sesiapa yang ingin menimba ilmu akhirat.
Beliau pada dulunya beragama kristian, tapi dengan hidayah dariNya maka terbuka hatinya menerima agama Islam sebagai agama barunya.
Kenapa beliau menerima agama Islam?mari kita tahu.
Ustaz Ravi Abdullah pada zaman persekolahannya mempunyai ramai kawan orang melayu.Disitulah dia mula mengetahui tentang Islam iaitu puasa dan sembahyang 5 waktu.Kisah nabi Ibrahim memecah berhala kecil merupakan kisah nabi yang membuka mindanya tentang agama dulunya yang banyak menyembah patung dan berhala.Baginya patung dan berhala yang disembah sebagai Tuhan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang mahu berfikir iaitu menyembah sesuatu yang tidak hidup,tidak mendengar dan melihat.
Pada akhirnya kisah nabi Ibrahim bagaimana nabi Ibrahim ditangkap oleh pengawal Raja Namrud kerana didapati memecah berhala.
Baginda dijatuhi hukuman mati iaitu dibakar tapi dengan sifat Allah yang maha besar maka api yang membakar tubuh nabi Ibrahim menjadi sejuk disitulah terbitnya satu kebenaran.
Semoga ustaz Ravi dirahmati dan dimurahkan rezeki amin....