BERITA KEAGAMAAN / MURTAD

Polis Israel dalam keadaan berjaga-jaga ekoran isu masjid



7 Zulkaedah 1432H. [MOD] -BAITULMUQADDIS - Polis Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga di utara negara ini selepas sebuah masjid dibakar di kampung Badwi."Sejumlah besar anggota polis kekal ditempatkan di kampung Tuba Zangaria," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld."Pada malam kelmarin, terdapat satu siri tunjuk perasaan semasa batu-batu..
"Pada malam kelmarin ,terdapat satu tunjuk perasaan semasa batu-bata dilemparkan kearah pasukan keselamatan " katanya menurutnya sebuah pusat kebudayaan dan klinik telah dibakar.Tunjuk perasaan itu berlaku beberapa jam selepas sebuah.masjid di bakar di kampung itu yang dipercayai dilakukan oleh extremis berhaluan kanan Yahudi..AFP




           SULTAN SHARAFUDDIN





TINDAKAN JAIS BETUL-Sultan Selangor bertitah pemeriksaan terhadap DUMC sah,akui ada cubaan pesong akidah umat Islam...Sinar Harian..11oct 2011.

SHAH ALAM..Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah,tindakan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) mengadakan pemeriksaan ke atas Majlis Malam Thanksgiving di Gereja Methodist Damansara Utama(DUMC) Ogos lalu,tidak menyalahi mana-mana undang-undang Negeri Selangor.
Baginda bertitah ,tindakan itu selaras dengan bidang kuasa diperuntukan dibawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah(Negeri Selangor)1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam)Negeri Selangor 1988.
Titah Baginda ,keputusan diambil ,selepas meneliti laporan JAIS serta mendengar nasihat pakar pakar agama dan pakar undang-undang."Merujuk siasatan Jais,terdapat keterangan ada cubaan memesongkan kepercayaan akidah umat Islam tetapi keterangan diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan.
"Setelah meneliti secara mendalam laporan Jais dan mendapat nasihat dari pakar agama dan undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak," titah Baginda dalam satu kenyataan ,semalam.
Sultan Selangor menitahkan Jais memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis
tersebut."Beta juga menitahkan Jais menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih
kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Islam dapat dipelihara dan di
pertingkatkan,"titah Baginda.
Baginda berharap ,selepas ini,sebarang aktiviti sedang berjalan atau akan berjalan bagi tujuan
mengebangkan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam dalam negeri ini,hendaklah di berhenti
kan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti serupa dijalankan pada masa depan."Beta selaku Ketua
Agama Islam Negeri Selangor mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha pihak ter
tentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah umat Islam dalam negeri ini.
"Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan
pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak selaras dengan bidang
kuasa diperuntukkan dibawah undang-undang ,"titah Baginda.Baginda bertitah ,rakyat Selangor tanpa
mengira bangsa dan agama,tidak mempertikaikan tindakan tersebut.
"Ia selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor dibawah perkara XLVII
undang -undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor,1959 dan agama Persekutuan dibawah Fasal
 (1)Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan."titah Baginda.



KRONOLOGI KES PEMERIKSAAN JAIS KEATAS DUMC

*3 OGOS      - Pasukan pengutkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu gereja Damansara Utama Methodist Centre(DUMC)Petaling Jaya sekitar pukul 10 malam ekoran terdapat laporan kehadhiran orang Islam pada majlis berbuka puasa anjuran gereja tersebut.

*4OGOS          - Menteri besar menalipon pihak gereja..mohon maaf dan peringkat permulaan menteri besar dan exconya kecuali Datuk Hasan Ali  menyalahkan JAIS dan Datuk Hasan Ali.Datuk Hasan memperkuatkan serta menyokong JAIS .
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jais mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan Negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Semua NGO Islam serta UMNO menyokong Jais, MB di kecam kerana memihak kepada gereja.MB Selangor mungkin lebih sayang gereja daripada Jais.

*15OGOS          - Seramai 12 umat Islam yang terdiri daripada 3 lelaki dan 9 wanita berumur 20an dan 40an memberi keterangan di pejabat JAIS, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

*22OGOS              - Kerajaan negeri mendakwa diarahkan oleh Sultan Selangor supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap gereja itu.

*23OGOS                - Sultan Selangor ,Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah menitahkan atau memperkenankan cadangan menteri besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menubuhkan majlis penasihat syura.

*15SEP                         -  Pengarah JAIS,Marzuki Husin mengesahkan laporan DUMC telah siap dan sebutan kes akan dilakukan di Mahkamah Syariah Shah  Alam pada 190kt ini.

*28SEP                         Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengeluarkan titah bagi memberikan pandangan serta nasihat dalam menyelesaikan isu terbabit.

Untuk membuktikan JAIS dipihak yang benar,sila klik link dibawah:-.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SZqOksR8qlY


EMPAT GOLONGAN SASARAN MURTAD


SINAR HARIAN - 13 OKT 11(KHAMIS)
                                                                                 
SHAH ALAM  = 4 golongan dipercayai menjadi sasaran utama kumpulan pendakwah kristian untuk memurtadkan orang Islam di negera ini.
                    Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrustruktur dan Kemudahan  Awam Selangor,Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata,mereka ialah golongan miskin,anak muda,pesakit kronik dan golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.
                      "Mereka menjalankan penerapan fahaman kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus", katanya.
                       Antara caranya, kata Hasan ialah dengan mendekati pesakit kronik yang terlantar di hospital terutama yang diabaikan atau kurang mendapat perhatian keluarga.
                        "Inilah sasaran utama untuk mereka dekati, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit," katanya pada pada sidang media selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianiasi di Malaysia anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) disini, semalam.Hadhir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Selangor, Datuk Sidek Baba.
                           Selain itu,kata Hasan, gerakan itu juga menjalankan aktiviti mengedarkan risalah secara terbuka di pusat beli belah dan juga kawasan perumahan.."Mereka mempunyai kepakaran dan strategi serta taktik yang terancang untuk mempengaruhi golongan seperti ini," katanya
                             Hasan bagaimanapun mengakui, pihaknya tidak mempunyai data mengenai bilangan individu Islam yang sudah di murtadkan menerusi gerakan seperti itu selain berapa banyak kumpulan yang menjalankan kegiatan kristianisasi dengan menjadikan orang Islam sebagai sasaran."Apa yang kita diberitahu, gerakan kristian aliran Evangelist yang aktif dalam kegiatan ini malah mereka dilihat semakin aktif," katanya.
                               Dalam perkembangan sama, Hasan berkata, seramai 25 individu telah mendapatkan bantuan di Unit Selamatkan Akidah yang diwujudkan awal bulan lalu."Hanya sebulan unit ini ditubuhkan,kita berjaya membantu individu yang pernah dan sedang mendapat bantuan daripada pertubuhan kristian.
                                "Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan ini akibat kesempitan hidup dan sukar  mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,"katanya.


HOT BEB!!! Anak Yatim Beragama Islam Dipaksa Murtad!!!! - Di Parlimen Ampang


Dilaporkan sebuah pusat jagaan/rumah/asrama kebajikan anak yatim yang berpusat di AMPANG telah dikesan sedang giat meMURTADkan para penuntut di bawah jagaannya.

Perkara ini telah dibongkarkan oleh seorang warga Singapura yang kebetulan menyertai lawatan sekolahnya di pusat kebajikan tersebut. Beliau mendakwa kanak-kanak beragama Islam disitu mengeluh sedih kerana mereka telah DIPAKSA UNTUK MEMELUK AGAMA KRISTIAN oleh pihak pentadbir bagi mengelak dihalau keluar dari premis tersebut. Sehingga hari ini, kes ini masih lagi dalam pemerhatian dan siasatan Polis serta JAIS.

Selepas kes DUMC, nampaknya gerakan RIDDAH atau MURTAD ini semakin berleluasa di SELANGOR! Dan kes-kes seumpama ini dilaporkan menjadi lebih serius di kawasan-kawasan yang diwakili wakil rakyat fuckatan. Mengapa perkara ini boleh semakin menjadi-jadi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Fuckatan?!!

Apa pula usaha Zuraida Mak Lampir untuk mempertahankan akidah ummah AMPANG sehingga kini?!! Atau masih lagi terlalu sibuk mempertahankan PELIWAT dan PENZINA agung?!!

Orang Melayu Di Negara Ini Dijangka Kehilangan Identiti - Tun Mahathir


Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya. UM

KAPTEN SAN JIN- GU--KOMANDER BRIGED KOREA MASUK ISLAM

Korea Masuk Islam ( bukan lawak )
oleh Page gmbar2 lwk dan video gempak pada pada 15hb Oktober 2011 pukul 1.34 ptg
Artikel menarik dari rakan FB.
Komandan & 37 askar masuk Islam



Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.
Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:
“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.
Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!



YB KRISTIAN SARAWAK MASUK ISLAM


"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.

Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.

Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.

"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada WARTAWAN semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.

Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya.

Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.


Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.

Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.

Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.