LAWAK

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata... pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilakan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”
budak2 la pandai pret orang tua dh hahaha..bijak..bijak


lawak 2
Perkataan Berlawan
oleh عزمي ازروي pada pada 03hb Oktober 2011 pukul 6.12 ptg
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
... Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah la pandai!
Murid : Betul la bodoh!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
Murid: ^_^ ^_^ Hahaha.~rider~



LAWAK 3






Nenek Tua
Seorang nenek berusa 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi



LAWAK 4

Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"
LAWAK 5 

MAN : Bapa aku hebat.Dia kerja polis.semua orang takut ngan dia.
ALI   :  Eleh, bapa aku lagi teror,kalau dia suruh orang tunduk,dia tundok.
MAN :  Wow!! power betul bapa kau ya!!!, bapa kau kerja apa??
ALI    :  Bapa aku kerja Tukang gunting Rambut.
MAN  :  hu hu ????

LAWAK 6

AYAH: Apasal B.I. kamu ni asyik dapat kosong ja???
ANAK: Eh,ayah! tu bukan kosong !!! tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat budak lain,
              ada yang dapat 5 bintang dan ada yang dapat 3 bintang la dan bila giliran adik jer,
              bintang dah habis...sebab tu cik gu bagi kat adik bulan.
AYAH: HU hu hu!!!

LAWAK 7

DOKTOR:Encik ambil 3 sudu setiap hari.
PESAKIT:Eh!! tak bileh la doktor.
DOKTOR:Kenapa???
PESAKIT:Rumah saya cuma ada dua sudu jer????
DOKTOR:?????


LAWAK 8
                                                                                               
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…





Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Robot Kesan Bohong


LAWAK KE 9

Pengemis gila
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Bapak : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Bapak : (Sambil mengeluarkan Wang)Tidak ada duit!!
Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!


LAWAK 10



Ajoi: Selamat pagi doktor…
Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?
Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.
Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?
Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok..Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?
Ajoi: 1 hari lebih kurang 2 kotak dan saya merokok sudah 15 tahun.
Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?cuba kira, satu hari dikali dengan 2 kotak rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)….
Ajoi: Doktor tak merokokkan?
Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)
Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?
Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?
Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..
Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya… (dalam hati)