BELANJAWAN PAKATAN

050KT2011

SINAR HARIAN.-PR JANJI POTONG BELANJAWAN PM

KUALA LUMPUR..Pembentangan Bajet 2012,Pakatan Rakyat (PR)akan memperuntukan RM220 billion berdasarkan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4%,drp KELUARAN DALAM NEGARA KASAR(KDNK).Ketua pembangkang ,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ,jumlah ini membabitkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14bilion dari apa yang dibelanjakan pemerintah."Kita yakin dengan pengurusan wang dengan berhemah,jumlah RM220bilion ini akan memberi 20 % nilai tambahan kepada rakyat.Keseluruhan bajet ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan untuk membaiki ekonomi negara dan membela nasib rakyat".katanya kepada media selepas taklimat bajet alternatif PR dibangunan Parlimen.
Anwar berkata,antara perkara yang akan dilaksanakan PR iaitu memotong bajet perdana menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengambilkan peruntukan kepada kementerian yang berkaitan.Selain itu katanya,gaji minima RM1100/ akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan,ini akan memberikan memanafaatkan 300,000 kakitangan awam.Pembayaran bonus sebanyak RM1000/ akan diberi kepada warga emas pada setiap tahun berdasarkan pendapatan dari RM18000/setahun.PR juga akan melaksanakan bayaran suri rumah RM1000/ pada tahun hadapan dan menggalakkan mereka menabung melalui KWSP katanya.

JANJI JANJI PEMBANGKANG INI AKAN SAYA SIMPAN SEBAGAI BUKTI MANALAH TAHU NANTI BILA MASA PEMBANGKANG DAH JADI PEMERINTAH DIA PERLU TUNAIKAN DENGAN APA CARA PUN.


BAJET PiRaun - pada teman, bajet yang dibentangkan oleh pembangkang semalam layak dilabel sebagai bajet PiRaun. Kenapa teman kata begitu? Sebab itulah yang dibuat oleh Firaun. Semasa sudah sesak dengan asakan kebenaran risalah Nabi Musa a.s, dan rakyat Firaun sudah mula beralih untuk bersama Nabi Musa a.s, Firaun menawarkan pakej ransangan sesat kepada rakyatnya. Digula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji, sambil didakyahkan pelbagai temberang mengenai risalah Nabi Musa a.s.

(KOMEN YB AHLI PARLIMEN KULIM/B.BAHARU)