Resepi agar-agar

, October 8, 2010

RESEPI AGAR-AGAR LAPIS KASTARD




BAHAN-BAHAN:
35 gm agar-agar
480 gm gula pasir
3/4 buku mentega } pukul hingga kembang
5 biji kuning telur
1 tin susu cair
1.25 liter air
3 sudu makan tepung kastad }di larutkan dengan air
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk koko
1sudu teh pes coklat
CARA MEMASAKNYA:
1. Campurkan mentega yang sudah di pukul kembang bersama kuning telur,susu cair dan tapung kastad. Kacau sebati..Ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan air hingga hancur
3. Masukkan gula dan bahan (1) yang di campur tadi dan biarkan mendidih
4, Bahagikan pada tiga mangkuk dan warnakan dengan warna coklat,perisa kopi bercampur warna merah dan satu mangkuk lagi biarkan warna asal (kuning)
5. Tuangkan kedalam acuan empat segi.
6. Sejukkan dan keraskan selapis demi selapis.

SEDIA DIHIDANG:


Agar-agar Pelangi










Lapis Transparent:
2 sudu mkn agar-agar powder
1200ml air
200gm gula pasir
Colorings - green is a must & the rest ikut citarasa sendiri

Lapis Santan:
2 sudu mkn agar-agar powder
400ml santan pekat
800ml air
200 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara memasak:
1.Masak semua bahan transparent except colorings hingga hancur
2.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler sehingga lapis santan siap.
3.Masak bahan lapis santan except santan & garam sehingga hancur
4.Setelah hancur, kecil api & masukkan santan & garam & dikacau
5.Tapis & letak semula atas api kecil/double boiler

Cara-cara melapis:

1.Sukat 250ml agar-agar transparent, bubuh pewarna & tuang ke dlm loyang
2.Biar keras seketika sebelum memulakan proses yg sama untuk lapis kedua iaitu lapis santan
3.Buatlah begitu sehingga habis


RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI


` BAHAN-BAHAN:


25 gm agar-agar
1 liter air
240 gm gula
1 helai daun pandan
250 ml santan
50 gm lengkong hitam } diparut
sedikit pewarna merah dan ungu


CARA MEMASAKNYA:


1. Masak agar-agar bersama air dan biarkan hingga hancur
2. Masukkan gula dan daun pandan, kacau rata
3. Bahagikan adunan pada dua bahagian dengan warna merah dan ungu dan satu lagi berperisa
santan.
4. Campurkan lengkong ke dalam adunan warna merah dan ungu dan kacau rata
5,Tuangkan kedalam acuan bulat dimulakan dengan warna putih,biarkan sejuk seketika dan
tuangkan lapisan warna merah ungu
6. Biarkan sejuk.


SEDIA DIHIDANG.


 AGAR-AGAR PELANGI


Salam hujung minggu.. Cik tom nak share Resepi Agar-agar Berhias aka Pelangi Cara Yang Mudah Dan Sedap. Resepi ni emak cik tom yang ajarkan. Famili cik tom paling suka buat dan makan agar-agar ni terutamanya masa bulan puasa. Sejuk-sejuk rasa bila makan. Resepi nak buat agar-agar ni mudah je bagi korang yang nak cuba jugak. Kat bawah ni gambar agar-agar pelangi yang dah siap cik tom potong dan sedia untuk dimakan.
gambar agar-agar pelangi

Bahan-Bahan Resepi Agar-Agar Berhias aka Pelangi;

7 cawan air
2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 sudu perasa vanila
1 peket agar-agar
3 biji telur ayam
1 biji limau nipis diperah dan diambil airnya

Cara-cara Membuat Resepi Agar-Agar Berhias aka Pelangi;

1) Agar-agar dicuci bersih.
2) Agar-agar yang siap dibersihkan dimasak ke dalam periuk yang berisi 7 cawan air.
3) Apabila sudah hancur, masukkan gula.
4) Bila sudah masak, angkat adunan agar-agar + gula dan sila tapiskan.
5) Kemudian, masukkan merah telur dan susu serta air limau dan vanila.
6) Selepas itu, masak adunan itu kembali dengan menggunakan api perlahan. Kacau adunan agar perlahan-lahan sehingga mendidih.
7) Sesudah mendidih, adunan agar2 diangkat dan disejukkan ke dalam acuan. *jika tak nak letakkan warna.
8 ) Sekiranya ingin letakkan warna, bahagikan adunan itu kepada 4 bekas. 1 bekas untuk warna asal tanpa diletakkan apa-apa warna. 3 bekas lagi di campur dengan warna kuning, merah dan hijau.
9) 3 bekas yang dicampur dengan warna disejukkan dalam peti supaya lebih cepat keras. 1 bekas tanpa campuran warna dibiarkan diluar.
10) Apabila 3 bekas itu sudah keras, sila potong secara empat persegi kecil sebesar anak jari.
11) Letakkan/ tanamkan kesemua 3 jenis warna agar yang dipotong ke dalam agar yang tidak diletakkan warna.
12) Sejukkan agar-agar kedalam freezerMy Profile