kisah / tauladan

03hb okt 2011

SINAR HARIAN - Buka minda( ustaz Ridhuan Tee Abdullah.)

Isu hudud bergema lagi, belum pun sempat isu-isu lain ditangani.Begini lelucon politik Malaysia DAP sudah memberi amaran kepada PAS, MCA menggertak UMNO untuk keluar BN jika UMNO bersetuju atau memberi sokongan kepada PAS melaksanakan hudud.Terfikir pula,kuat sangat kah MCA??Tidakkah MCA (termasuk GERAKAN) sedar,selama ini mereka hanya bergantung harap kepada undi Melayu untuk menang.Jika mereka bertanding di kawasan majority Cina,awal-awal lagi telah bungkus, janganlah terlalu bongkak.
Kepada umat Islam,jika kita boleh menerima sistem atau ideology lain seperti demokrasi,socialis komunis, dan sebagainya , kenapa kita begitu elergi dgn sistem pemerintahan Islam??. Lagipun hudud untuk orang Islam.apatah lagi negeri Kelantan yang penduduknya 90% umat Islam.Saya tidak nampak hasrat kerajaan Kelantan perlu ditentang.Biarkanlah kerajaan Kelantan melakukan percubaan ini.Jika berjaya,Alhamdulillah,jika tidak sama-sama kita bermahasabah kenapa ia gagal.
Belajarlah dgn mengambil iktibar politik Cina.MCA dengan parti ultra kiasu tidak ada banyak bezanya.Satu bangsa dan satu bahasa, begitu licik dalam menguruskan krisis dan tahu bila mahu berhenti apabila keadaan memerlukan mereka bersatu.Baru-baru ini Perdana Menteri umum untuk mengecualikan cukai kepada mereka yang menderma kepada Dana kebajikan Pendidikan 'Community Chest' yg di wujudkan oleh ahli korporat Cina, bagi bantu pendidikan sekolah vernakular termasuk menyediakan biasiswa kpd pelajar cemerlang.Saya yakin orang Cina mampu melakukannya.,cuma saya bimbang jika pendermaan tersebut dikecualikan cukai,pendapatan negara akan berkurangan.Siapakah yang untung??
Ini belum termasuk dana dana lain yang dikumpulkan.Untuk makluman,dana Persatuan ibu bapa dan Guru(PIBG)disetiap sekolah vernakular rata-rata berjumlah lebih drp satu juta setiap tahun kewangan berakhir.Apakah semua ini, tidak cukup? Jika semua sektor korporat memberikan bantuan kepada tabung ini nanti, apakah nasib yang akan diterima oleh sekolah kebangsaan.
Sekadar berkongsi pengalaman sebagai Yang Dipertua PIBG selama lebih 10 tahun.Saya dapat merasai betapa sukar untuk mencari wang bagi membantu pembangunan sekolah-sekolah kerajaan.Jika ada sebarang kekurangan seperti kerosakan pasarana,makmal,kerusi meja dan berbagainya, amat sukar untuk mendapat bantuan daripada pejabat pelajaran Daerah dan pejabat pelajaran negeri.Alasan mudah, tidak ada bajet.Bajet sudah habis.Maka bertungkus lumus PIBG mencari dana.Saya tidak fikir perkara ini dihadapi oleh SJKC.
Kadangkala amat sedih sekali melihat kedudukan  sekolah agama, begitu daif berbanding sekolah vernakular.Kita terpaksa mengharap derma daripada orang ramai





Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.
Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.
Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.
"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.
"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.
Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.
Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.
"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: